Tuesday 2 April 2013

FOKUS DAN BERI TUMPUAN KEPADA APA YANG CIKGU AJAR

           Air sifatnya lembut dan mudah mengalir . Tahukah anda air boleh digunakan untuk memotong besi dan sebagainya jika aliran air itu laju dan difokuskan pada satu titik yang kecil. Lihat Gambar di bawah.


Aliran air yang laju dan difokuskan pada satu titik mampu memotong besi yang sangat keras.
         Begitu juga ketika kamu belajar. Beri fokus dan tumpuan yang maksima terhadap apa yang cikgu ajar. InsyaAllah segala yang susah akan menjadi senang. Kamu akan dapat memahami dengan cepat apa yang cikgu ajar. Tiada fokus semasa kamu belajar akan menyebabkan kamu tertinggal. Semakin lama semakin banyak yang anda tidak tahu. Itu sebabnya mengapa kamu susah nak score. Fikir-fikirkan...

No comments:

Post a Comment