Monday, 21 October 2013
SOALAN PERCUBAAN 2013
Kepada pelajar-pelajar yang telah selesai membuat latihan ulangkaji Fasa 2(SBP,Kedah, NS, Pahang), latih tubi boleh diteruskan dengan soalan-soalan Peperiksaan Percubaan 2013 dari negeri-negeri lain. Dapatkan soft copy dari Cikgu Abu Kasim. Soalan-soalan dari Terengganu, MRSM dan Pulau Pinang. Selamat berjaya
Friday, 11 October 2013
PROGRAM LATIH TUBI FASA 2
Program Latih Tubi Fasa 1 telah tamat. Ia bermula dari 1/7/2013 - 26/8/2013. Pelajar diberikan dengan 12 set soalan peperiksaan percubaan tahun-tahun lepas. Program Latih Tubi Fasa 2 pula bermula pada 29/9/2013. Hampir semua pelajar telah dibekalkan dengan 14 set soalan percubaan tahun 2013 dari SBP, Pahang, Kedah dan Negeri Sembilan berserta skema jawapannya. Mana-mana pelajar yang belum lagi mendapat soalan tersebut, sila cetak dari Blog Panitia Fizik SMKIS. Semoga berjaya menghabiskan modul tersebut sebelum peperiksaan bermula.
Di samping Latih Tubi Fasa 1 dan 2 pelajar juga dikehendaki menjawab mana-mana soalan peperiksaan percubaan yang tidak terdapat dalam fasa 1 dan 2. Pelajar dikehendaki menghantar latihan tersebut pada guru masing-masing untuk direkodkan
TEKNIK MENJAWAB KERTAS 3 FIZIK
Satu ceramah Teknik Menjawab Physics kertas 3 telah diadakan di Bilik Tayang Asrama pada 8/10/2013, 2.00 - 4.00 petang. Terima kasih kepada penceramah yang hadir dan terima kasih kepada semua pelajar kerana telah memberikan kerjasama yang baik semasa ceramah dijalankan. Semoga kamu mendapat manfaat daripadanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)