Friday 11 October 2013

PROGRAM LATIH TUBI FASA 2


Program Latih Tubi Fasa 1 telah tamat. Ia bermula dari 1/7/2013 - 26/8/2013. Pelajar diberikan dengan 12 set soalan peperiksaan percubaan tahun-tahun lepas. Program Latih Tubi Fasa 2 pula bermula pada 29/9/2013. Hampir semua pelajar telah dibekalkan dengan 14 set soalan percubaan tahun 2013 dari SBP, Pahang, Kedah dan Negeri Sembilan berserta skema jawapannya. Mana-mana pelajar yang belum lagi mendapat soalan tersebut, sila cetak dari Blog Panitia Fizik SMKIS. Semoga berjaya menghabiskan modul tersebut sebelum peperiksaan bermula. 

Di samping Latih Tubi Fasa 1 dan 2 pelajar juga dikehendaki menjawab mana-mana soalan peperiksaan percubaan yang tidak terdapat dalam fasa 1 dan 2. Pelajar dikehendaki menghantar latihan tersebut pada guru masing-masing untuk direkodkan

No comments:

Post a Comment